02 October 2011

Apakah itu KSSR?

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Salam Satu Malaysia dan Sejahtera,
Saya merupakan salah seorang guru dari SJK(C) SUNGAI BULOH yang mengajar murid tahun 1.
Seperti yang diketahui, sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran tahun 1 telah berubah mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Perubahan tersebut merupakan suatu transformasi pendidikan yang perlu dihadapi semua guru terutamanya bagi mereka yang mengajar murid tahun 1 tahun 2011 ini.
Jadi, saya ingin berbincang dan berkongsi maklumat mengenai KSSR dan cara pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi yang saya sukai.

Kesudian anda semua untuk berkongsi maklumat dan pendapat bersama amat saya hargai. Sekian, terima kasih.


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan suatu transformasi pendidikan.

 Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah

 1983           -        Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

 1993           -        Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

 2003           -        KBSR (semakan)

 2011           -        Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Ciri Modal Insan (Sekolah Rendah)
Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian.  Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:
  1. Penguasaan kemahiran asas – membaca, menulis dan mengira
  2.  Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif
  3. Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)
  4. Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni
  5. Jati diri dan semangat patriotisme
  6.  Memahami dan menghayati budaya nasional
Aspek-aspek yang terlibat dalam transformasi pendidikan ini ialah bentuk, organisasi, kandungan, peruntukan masa, pedagogi, pentaksiran, pengurusan kurikulum, dan bahan.
Antara bentuk kurikulum transformasi ialah:
  1.  Komunikasi
  2. Kerohanian, Sikap, dan Nilai
  3. Kemanusiaan
  4. Ketrampilan Diri
  5. Perkembangan Fizikal dan Estetika
  6. Sains dan Teknologi
 Kemahiran Nilai Tambah:
  1. Kreativiti dan Inovasi
  2. Keusahawanan
  3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran.

Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Satu penetapan kriteria    atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh  diukur bagi setiap standard kandungan.


Organisasi KSSR Tahap I dan Peruntukan Masa
BIL
MODUL
MASA DALAM SEMINGGU (MINIT)
SK
SJKC
SJKT
MODUL TERAS ASAS
1
Bahasa Malaysia
360
300
300
2
Bahasa Inggeris
300
150
150
3
Bahasa Cina

360

Bahasa Tamil


360
4
Pendidikan Islam 
180
120
120
Pendidikan Moral
5
Pendidikan Jasmani
60
60
60
6
Pendidikan Kesihatan
30
30
30
7
Matematik
180
180
180
MODUL TERAS TEMA
8
Dunia Seni Visual
60
60
60
Dunia Muzik
30
30
30
Dunia Sains dan Teknologi
60
60
60
MODUL ELEKTIF
9
BCSK/BTSK/B. Arab/B. Iban*
90

Perhimpunan
30
30
30
Jumlah
1380
1380
1380

Bahan Kurikulum

 Dokumen Kurikulum
 Buku Teks
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Berpendekatan Modular

Pedagogi

Kemahiran Berfikir
Belajar Cara Belajar
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Akses Kendiri
Pembelanjaran Secara Konteksual
Pembelajaran Secara Konstruktivisme
Pengajaran Berasaskan Masa Depan
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komuinikasi (TMK)

Pentaksiran
  1. Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.
  2. Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai .
  3. Bersifat autentik dan holistik. 

No comments:

Post a Comment