01 December 2011

Deria Manusia


Contoh RPH 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS
Tarikh            :     12th Januari 2011                         
Masa               :     2.15 pm – 3.15 pm
Kelas               :     2 Hijau                                                    
Bil. murid       :     30 orang murid
Tema              :     Pembelajaran Dunia Benda Hidup          
Topik              :     Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup
Subtopik         :     Keperluan Asas Manusia
Pengetahuan sedia ada        :   Murid sudah mengenal beberapa jenis makanan dan minuman.
Hasil Pembelajaran             : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat
1.menyatakan manusia memerlukan makanan dan minuman untuk hidup.
2.menjelaskan keperluan asas manusia.
3.menerangkan kesan kekurangan makanan dan minuman terhadap manusia.
4.menyatakan kesan kekurangan makanan dan minuman dalam suatu tempoh.
Kemahiran Saintifik (KS):  memerhati, menganalisis,  mengelaskan, berkomunikasi, meramalkan, membuat inferens, membuat rumusan.
Nilai murni     :     kesyukuran, penghargaan, bekerjasama, kesihatan diri, kerajinan.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
  1. gambar bayi (rujuk lampiran 1)
  2. kad manila dan pen marker
  3. video klip
  4. Komputer riba dan projektor
  5. Lembaran kerja (rujuk lampiran 2)
  6. Kad imbasan (rujuk lampiran 3)
Langkah / Masa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
catatan

Set induksi
(3 minit)

Keperluan asas manusia

1.      Guru menunjukkan gambar bayi sedang menangis untuk diperhatikan oleh murid.
2.      Guru bertanya soalan dan murid memberi respon terhadap gambar yang ditunjukkan.
Soalan : Apakah yang dapat anda perhatikan dalam gambar ini?
Jawapan : Seorang bayi sedang menangis.
Soalan : Mengapakah bayi itu menangis?
Jawapan : Bayi itu lapar dan mahu makan.
3.      Guru menerangkan bahawa manusia perlu makan dan minum untuk terus hidup.

BBM :
1.      Gambar bayi sedang menangis

KS:
1.      Memerhati
2.      Menganalisi
3.      Berkomunikasi


Langkah 1
(15 minit)

Jenis-Jenis keperluan asas manusia

Kepetingan makanan dan mimuman manusia

Perbincangan dalam kumpulan dan pembetangan hasil perbincangan 

1.      Murid dibahagikan kepada enam kumpulan kecil untuk aktiviti perbincangan.
2.      Guru membekalkan setiap kumpulan sehelai kad manila dan pen marker.
3.      Guru memberikan tajuk perbincangan.
Senaraikan pelbagai jenis makanan dan minuman yang pernah ambil dalam kehidupan seharian dalam bentuk jadual.
4.      Murid-murid diberi masa selama 10 minit dalam aktiviti perbincangan kumpulan.
5.      Guru memastikan semua murid terlibat dalam perbincangan kumpulan.
6.      Ketua murid diminta untuk membetangkan hasil perbincangan (jadual) kumpulan masing-masing.
7.      Guru menampalkan setiap hasil perbincangan kumpulan pada papan hitam untuk diperhatikan oleh semua murid.
8.      Guru menegaskan sikap tidak membazirkan makanan di samping menerapkan nilai murni.

BBM :
1.      Kad manila
2.      Pen marker

KS :
1.      Berkomunikasi
2.      Mengelaskan

Nilai murni :
1.      Kerjasama
2.      Bersyukur
3.      Penghargaan





Langkah 2
(20 minit)

Manusia memerlukan makanan dan minuman untuk terus hidup.

Kesan kekurangan makanan dan minuman

Sesi soal-jawab

1.      Guru menayangkan satu video klip yang berkaitan dengan kehidupan mangsa-mangsa bencana alam.
2.      Murid diminta memerhati video yang ditayangkan dengan teliti.
3.      Guru mengadakan sesi soal-jawab dengan murid untuk membantu murid mengenalpasti kesan kekurangan makanan dan minuman.
Soalan : Apakah yang anda perhatikan daripada video tadi?
 Jawapan : Kebanyakan orang tidak mempunyai makanan dan minuman yang mencukupi. Banyak orang sakit dan tidak bermaya.
Soalah : Cuba nyatakan kesan daripada kekurangan makanan dan minuman.
Jawapan : Kekurangan makanan dan minuman akan menyebabkan jangkitan penyakit, masalah kebuluran dan  pertumbuhan kanak-kanak terjejas.
Soalan : Bolehkah anda meramalkan apa yang akan terjadi jika masalah kekurangan makanan dan minuman itu berterusan?
Jawapan : Banyak orang akan mati sekiranya mereka tidak makan dan minum sepanjang masa.
Soalan : Jadi, adakah makanan dan minuman itu penting untuk manusia?
Jawapan : Ya, makanan dan minuman yang mencukupi adalah amat penting untuk manusia bagi meneruskan kehidupan.
Soalan : Adakah anda sekarang berasa syukur terhadap makanan dan minuman yang dinikmati selama ini? Apakah sikap yang perlu dipupuk untuk menunjukkan kesyukuran?
Jawapan : Ya. Kami amat bersyukur terhadap makanan dan minuman yang dinikmati selama ini berbanding dengan mangsa-mangsa bencana alam tersebut. Kami harus tidak membazirkan makanan dan minuman dalam kehidupan seharian.

BBM :
1.      Video klik
2.      Komputer riba
3.      Projektor

KS :
1.      Memerhati
2.      Berkomunikasi
3.      Meramal
4.      Membuat inferens


Nilai murni :
1.      Penghargaan
2.      Bersyukur




Langkah 4
(10 minit)

Lembaran kerja

1.      Guru memberi setiap orang murid sehelai lembaran kerja.
2.      Guru menerangkan arahan latihan dalam lembaran kerja.
3.      Murid-murid mula menjawab lembaran kerja yang diberikan secara individu.
4.      Guru memberi tunjuk ajar kepada murid-murid yang lemah dari semasa ke semasa.

BBM :
1.      Lembaran kerja

KS :
1.      Menganalisis
2.      Mengelaskan

Nilai murni :
1.      kerajinan


Penutup
(2 minit)
Pengukuhan tentang jenis keperluan asas manusia
1.      Guru menujukkan kad-kad imbasan yang mengandungi gambar makanan dan minuman. 
2.      Murid menyatakan nama bagi makanan dan minuman tersebut.
3.      Guru membimbing murid untuk membuat rumusan pembelajaran hari ini.
Manusia memerlukan makanan dan minuman untuk hidup.
BBM :
1.      Kad imbasan
KS :
1.      Membuat rumusan

Contoh RPH 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS
Tarikh            :     5th Januari 2011                           
Masa               :     2.15 pm – 3.15 pm
Kelas               :     2 Hijau                                                    
Bil. murid       :     30 orang murid
Tema              :     Pembelajaran Dunia Benda Hidup          
Topik              :     Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup
Objektif Pembelajaran        :  Mengenal benda hidup dan benda bukan hidup
Hasil Pembelajaran             : Pada akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat
1.   Menerangkan maksud benda hidup dan benda bukan hidup.
2.   Mengelaskan benda hidup dan benda bukan hidup.
3.   Menyatakan ciri-ciri benda hidup.
4.   Membuat kesimpulan bahawa manusia, haiwan dan tumbuhan merupakan benda hidup.
Konsep/Prinsip/Hukum/Teori :
                                                      Benda hidup
1.   Memerlukan makanan, minuman
2.   Boleh bernafas
3.   Boleh bergerak
4.   Boleh membiak
5.   Boleh membesar                                                                                  
Kemahiran Saintifik (KS):  memerhati, mengelaskan, berkomunikasi, mencirikan, membanding dan membezakan, menghubungkaitkan.
Nilai murni     :     cintakan alam semula jadi, bersyukur, bekerjasama, kerajinan.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
  1. gambar-gambar  (rujuk lampiran 1)
  2. kertas putih
  3. kertas mahjong dan pen marker
  4. power point
  5. Komputer riba dan projektor
  6. Kad imbasan
  7. Lembaran kerja (rujuk lampiran 2)
Langkah berjaga-jaga         :  Murid-murid diingatkan berhati-hati dan mengikuti arahan guru semasa menjalankan aktiviti lawatan di kawasan sekolah.
Pengetahuan sedia ada        :  Murid sudah mengenal beberapa jenis benda hidup di sekeliling mereka.

Langkah / Masa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
catatan

Set induksi
(3 minit)

Benda hidup dan benda bukan hidup

1.      Guru menunjukkan dua gambar iaitu gambar “kucing” dan gambar “buku” untuk diperhatikan oleh murid.
2.      Guru bertanya soalan dan murid memberi respon terhadap gambar yang ditunjukkan.
Soalan : Apakah benda yang ditujukkan di dalam gambar?
Jawapan : Gambar kucing dan batu.
Soalan : Yang manakah merupakan benda yang bernyawa dan benda yang tidak bernyawa?
Jawapan : Kucing bernyawa dan batu itu tidak bernyawa.
3.      Guru menerangkan maksud benda hidup dan benda bukan hidup.
Benda yang bernyawa ialah benda hidup manakala benda yang tidak bernyawa ialah benda bukan hidup.

BBM :
1.      Gambar kucing
2.      Gambar buku

KS:
1.      Membanding dan membezakan



Langkah 1
(10 minit)

Benda hidup dan benda bukan hidup

1.      Murid dibahagikan kepada enam kumpulan kecil untuk aktiviti lawatan kawasan sekolah.
2.      Guru membekalkan setiap orang murid sehelai kertas putih.
3.      Guru membawa murid melawat kawasan sekolah dan tugasan lawatan diberikan.
Tugasan:
Catatkan beberapa jenis benda yang diperhatikan.
4.      Guru memastikan murid-murid berjalan mengikut kumpulan dan melaksanakan tugasan yang diberi dengan tepat.

BBM :
1.      Kertas putih

KS :
1.      Memerhati

Nilai murni :
1.      Cintai alam semula jadi
2.      Kerjasama



Langkah 2
(15 minit)

Perbandingan benda hidup dan benda bukan hidup

1.      Guru meminta murid-murid duduk dalam kumpulan selepas masuk ke dalam kelas.
2.      Ketua kumpulan mengumpul dan menulis semula benda-benda yang dicatatkan dalam lawatan.
3.      Guru memberi setiap kumpulan sehelai kertas mahjong dan pen marker.
4.      Murid dalam kumpulan membincang dan mengelaskan benda-benda yang disenaraikan mengikut kumpulan  benda hidup dan benda bukan hidup dalam bentuk jadual.
5.      Guru memberi bimbingan terhadap perbincangan murid dari semasa ke semasa.
6.      Ketua kumpulan membentang hasil jadual kumpulan masing-masing.
7.      Guru menampalkan setiap hasil jadual kumpulan pada papan hitam untuk dibincang dan disemak bersama-sama murid.

BBM :
1.      Kertas mahjong
2.      Pen marker

KS :
1.      Berkomunikasi
2.      Mengelaskan

Nilai murni :
1.      Kerjasama


Langkah 3
(20 minit)

Ciri-ciri benda hidup

Manusia, haiwan dan tumbuhan merupakan benda hidup

Sesi soal-jawab

1.      Guru menayangkan power point yang berkaitan dengan ciri-ciri benda hidup.
2.      Murid diminta memerhati slide power point yang ditayangkan dengan teliti.
3.      Guru mengadakan sesi soal-jawab dengan murid untuk membantu murid mengenalpasti ciri-ciri benda hidup.
Soalan : Apakah yang diperlukan oleh anjing seperti yang ditayangkan dalam power point tadi untuk hidup?

 Jawapan : Anjing itu perlu makanan dan minuman. Anjing itu juga perlu bernafas.
Soalah : Kalau tidak ada  makanan, minuman dan udara, apakah yang akan terjadi kepada anjing tersebut?
Jawapan : Anjing itu akan mati.
Soalan : Bagaimanakah anjing itu mendapatkan makanan dan minuman?
Jawapan : Anjing itu berjalan sana sini untuk mencari makanan dan minuman.
Soalan : Adakah saiz badan anjing itu sebegitu besar sejak dilahirkan?
Jawapan : Tidak, anjing itu bersaiz kecil semasa dilahirkan. Anjing itu akan membesar dan saiznya akan bertambah.
Soalan : Bolehkah anjing betina itu membiak?
Jawapan : Boleh, anjing betina boleh membiak dan melahirkan anak-anak anjing.
4.      Guru mencatatkan ciri-ciri benda hidup yang dinyatakan oleh murid pada papan hitam.
Ciri-ciri benda hidup:
a.       Perlukan makanan
b.      Perlukan minuman
c.       Bernafas
d.      Boleh bergerak
e.       Membesar
f.       Membiak
5.      Guru membimbing murid menghubungkaitkan ciri-ciri anjing tersebut kepada golongan benda hidup yang lain iaitu manusia dan tumbuhan.
Soalan : Selain anjing dalam golongan haiwan merupakan benda hidup, apa golongan lain yang juga merupakan benda hidup?
Jawapan : Manusia dan tumbuhan.
6.      Guru menegaskan nilai cintai alam semula jadi dan bersyukur terhadap alam ciptaan tuhan.

BBM :
1.      Power point
2.      Komputer riba
3.      Projektor

KS :
1.      Memerhati
2.      Berkomunikasi
3.      Mencirikan
4.      Menghubung-kaitkan
Nilai murni :
1.      Cintai alam semula jadi
2.      bersyukur



Langkah 4
(10 minit)
Lembaran kerja
1.      Guru memberi setiap orang murid sehelai lembaran kerja.
2.      Guru menerangkan arahan latihan dalam lembaran kerja.
3.      Murid-murid mula menjawab lembaran kerja yang diberikan secara individu.
4.      Guru memberi tunjuk ajar kepada murid-murid yang lemah dari semasa ke semasa.
BBM :
1.      Lembaran kerja

KS :
1.      Mengelaskan
2.      Mencirikan

Nilai murni :
1.      kerajinan

Penutup
(2 minit)
Pengukuhan tentang benda hidup dan benda bukan hidup
1.      Guru menujukkan kad-kad imbasan yang mengandungi gambar.
2.      Murid dengan segeranya mengelaskan gambar benda yang ditunjukkan dalam kad imbasan sama ada merupakan benda hidup atau benda bukan hidup.
BBM :
1.      Kad imbasan