*Slide*
Salam Satu Malaysia & Sejahtera. Selamat Berjuang dalam Bidang Pendidikan
05 November 2011
Topik Pengajaran Dunia Sains Dan Teknologi
Mata Pelajaran : Dunia Sains Dan Teknologi
Unit Pembelajaran :Sains
Unit Pembelajaran :Sains
- Benda Hidup Dan Benda Bukan Hidup
- Manusia
- Haiwan
- Tumbuhan
- Mata Untuk Melihat
- Hidung Untuk Menghidu
- Lidah Untuk Merasa
- Kulit Untuk Menyentuh Dan Merasa
- Telinga Untuk Mendengar
- Menggunakan Semua Deria
- Timbul Dan Tenggelam
- Reka Bentuk
Unit Pembelajaran Teknologi:
- Menggunakan TMK Secara Bertanggungjawab dan Beretika
- Memilih dan Mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian
- Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat
- Menggunakan TMK untuk memperoleh dan berkongsi maklumat
- Menggunakan TMK untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan
- Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran
- Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif
02 October 2011
Apakah itu KSSR?
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Salam Satu Malaysia dan Sejahtera,
Saya merupakan salah seorang guru dari SJK(C) SUNGAI BULOH yang mengajar murid tahun 1.
Seperti yang diketahui, sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran tahun 1 telah berubah mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Perubahan tersebut merupakan suatu transformasi pendidikan yang perlu dihadapi semua guru terutamanya bagi mereka yang mengajar murid tahun 1 tahun 2011 ini.
Jadi, saya ingin berbincang dan berkongsi maklumat mengenai KSSR dan cara pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi yang saya sukai.
Kesudian anda semua untuk berkongsi maklumat dan pendapat bersama amat saya hargai. Sekian, terima kasih.
Saya merupakan salah seorang guru dari SJK(C) SUNGAI BULOH yang mengajar murid tahun 1.
Seperti yang diketahui, sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran tahun 1 telah berubah mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Perubahan tersebut merupakan suatu transformasi pendidikan yang perlu dihadapi semua guru terutamanya bagi mereka yang mengajar murid tahun 1 tahun 2011 ini.
Jadi, saya ingin berbincang dan berkongsi maklumat mengenai KSSR dan cara pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi yang saya sukai.
Kesudian anda semua untuk berkongsi maklumat dan pendapat bersama amat saya hargai. Sekian, terima kasih.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan suatu transformasi pendidikan.
Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah
1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
2003 - KBSR (semakan)
2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Ciri Modal Insan (Sekolah Rendah)
Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:
- Penguasaan kemahiran asas – membaca, menulis dan mengira
- Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif
- Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)
- Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni
- Jati diri dan semangat patriotisme
- Memahami dan menghayati budaya nasional
Antara bentuk kurikulum transformasi ialah:
- Komunikasi
- Kerohanian, Sikap, dan Nilai
- Kemanusiaan
- Ketrampilan Diri
- Perkembangan Fizikal dan Estetika
- Sains dan Teknologi
- Kreativiti dan Inovasi
- Keusahawanan
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Standard Kandungan | Standard Pembelajaran |
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. | Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. |
Organisasi KSSR Tahap I dan Peruntukan Masa
BIL | MODUL | MASA DALAM SEMINGGU (MINIT) | |||||
SK | SJKC | SJKT | |||||
MODUL TERAS ASAS | |||||||
1 | Bahasa Malaysia | 360 | 300 | 300 | |||
2 | Bahasa Inggeris | 300 | 150 | 150 | |||
3 | Bahasa Cina | 360 | |||||
Bahasa Tamil | 360 | ||||||
4 | Pendidikan Islam | 180 | 120 | 120 | |||
Pendidikan Moral | |||||||
5 | Pendidikan Jasmani | 60 | 60 | 60 | |||
6 | Pendidikan Kesihatan | 30 | 30 | 30 | |||
7 | Matematik | 180 | 180 | 180 | |||
MODUL TERAS TEMA | |||||||
8 | Dunia Seni Visual | 60 | 60 | 60 | |||
Dunia Muzik | 30 | 30 | 30 | ||||
Dunia Sains dan Teknologi | 60 | 60 | 60 | ||||
MODUL ELEKTIF | |||||||
9 | BCSK/BTSK/B. Arab/B. Iban* | 90 | |||||
Perhimpunan | 30 | 30 | 30 | ||||
Jumlah | 1380 | 1380 | 1380 | ||||
Bahan Kurikulum
Dokumen Kurikulum | Buku Teks |
Standard Kandungan Standard Pembelajaran | Berpendekatan Modular |
Pedagogi
Kemahiran Berfikir | Belajar Cara Belajar |
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai | Pembelajaran Masteri |
Pembelajaran Akses Kendiri | Pembelanjaran Secara Konteksual |
Pembelajaran Secara Konstruktivisme | Pengajaran Berasaskan Masa Depan |
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komuinikasi (TMK) | |
- Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.
- Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai .
- Bersifat autentik dan holistik.
Subscribe to:
Posts (Atom)